Pengenalan aku ke dunia bisnes online dan bermulanya era siber aku bersama Vemma

   Perjalanan ini masih jauh sebenarnya.Banyak sangat yang perlu untuk dipelajari lagi.Makin jauh kita menerejah ke sesuatu bidang makin kebelakang rasanya diri ini berada.Itu pandangan pertama aku.Sekali jengah memang lah begitu perasaannya.Tapi bila disertai dengan keazaman dan minat ingin mengetahui,apa yang dirasakan susah menjadi cabaran untuk dirempuhi.Aku bermula dengan perniagaan A di dalam bisnes internet ini ataupun lebih senang dikenali dengan 'online business'.

   Kemudian aku tertarik dengan satu bisnes yang pernah aku daftar pada tahun 2008.Cuma waktu tidak mengizinkan aku semasa itu.Akhirnya apabila aku melayari FB aku melayan kerenah kawan-kawanku.Aku terpandang satu iklan berniaga dari rumah.Bila aku masuk,alangkah terkejutnya aku kerana bines dari rumah yang dimaksudkan itu adalah bisnes yang pernah aku daftar pada tahun 2008 namun ekonomi dan masa tidak mengizinkan aku ketika itu.Tanpa berfikir panjang aku terus mendaftar untuk menyertai bisnes 'VemmaNutrition'.Pada pandangan mataku memang boleh berjaya kalau dilakukan dengan cara yang betul.

   Dari satu kursus ke satu kursus aku sertai.Memang ada banyak impak yang masuk dalam kepala aku ini.Akhirnya aku membuat website ku sendiri.Website untuk bisnes Vemma aku sendiri.Menulis dengan penuh minat sambil ada sebahagiannya aku hanya 'copy and paste' dari website lain.Aku mula membuat 'landing page' ku sendiri untuk dimasukan ke dalam iklan 'Facebook'.Aku lebih senang membuat sendiri dengan mengharungi apa jua cabaran demi untuk pengetahuan yang lebih jitu.Ada yang mendaftar.Semakin hari semakin ramai yang mendaftar di 'vbuilder' ku.

  Perkara pertama seperti aku pelajari dari sifuku.Telefon atau menghantar pesanan ringkas pada no telepon tangan yang ditinggalkan di 'auto responder' ku.Perkara yang mudah aku lihat bagi mereka yang berjaya lakukan terasa begitu susah untuk ku lakukan sendiri.Akhirnya aku bertekad mempelajari lagi selok belok perniagaan ini.Kelebihan di Vemma ini.Ramai yang di atas kita akan membantu tanpa perlu diupah.Mereka memang inginkan yang di bawah mereka turut berjaya.

   Sebelum aku celoteh lebih panjang.Aku hairan...Kenapa di Amerika hanya dalam masa 6 bulan ada di antara mereka yang telah bergelar jutawan.Setelah aku selidiki,bisnes ini memang boleh dikatakan mudah untuk dilakukan di sana.Sebab utamanya...Memang sudah menjadi kebiasaan remaja di sana menghabiskan satu atau lebih dari dua tin minuman ringan atau 'arak' dalam kehidupan seharian mereka.Apatah lagi setelah mendapat peluang membuat duit dengan hobi minum mereka itu sendiri dan dikelilingi oleh mereka yang lebih mengutamakan kesihatan.

   Kenapa di Malaysia masih lagi boleh dikatakan susah untuk mencapai tahap di sana.Kualiti barangan memang aku akui antara yang teratas dan yang terbaik.Aku bukan hendak memperlekehkan sistem.Penaung grup aku terdiri dari insan-insan terhebat.Setiap kali aku kursus aku perhatikan apa yang kurang.Dari segi memotivasikan diri dan jati diri memang ada.Tapi apa yang masih kurang.

   Akhirnya aku berehat dahulu untuk mencari cara yang terbaik.Menerawang ke dunia siber mencari solusi yang terbaik.Macam-macam video pembangunan insan aku tontoni,antaranya Anthony Robbin dan ramai lagi.Akhirnya aku ketemui satu sistem yang bagiku akan sangat berkesan jika dilakukan dengan mereka yang mempunyai kebolehan bercakap.Sanggup bekerja lebih masa untuk memastikan kejayaan orang lain dan dalam masa yang sama adalah kejayaan kita sendiri.Aku kena kaji lagi dan perlu berbincang dengan idola aku dahulu.Apa yang aku boleh katakan.Sistem aku temui ini memang telah terbukti kejayaannya.Penciptanya hampir muflis setelah berkecimpung dalam bisnes online ini selama 7 bulan dan dibebani hutang kad kredit hampir US40k.Tetapi selepas menggunakan sistem yang dia temui.Bulan kelapan dia memperolehi us7k dia yang pertama.Dan kini setelah 3 tahun dia usahakan.Pendapatan yang diperolehinya melebihi US12jjuta setahun dan semakin meningkat tanpa ada tanda berhenti.Kenapa????

   Saya tak boleh dedahkan siapa kerana saya telah terikat dengan perjanjian siber dengannya.Saya hanya memerlikan dalam 10 orang sahaja.Dan saya yakin dengan izinNYA juga.Kesepuluh orang tadi bisa mengecapi pendapatan 6 angka dalam masa 1-2 tahun sahaja.Bagi saya,untuk berjaya bukan sedikit pengorbanan yang diperlukan.Doakan aku berjaya dalam bisnes online ini.Pada mereka yang membaca dan mempunyai pandangan dan pendapat yang ingin diberikan.Sila tinggalkan komen anda di ruang komen di bawah.

   Pada mereka yang sedang berniaga.Aku doakan kejayaan seiring dengan usaha kelian semua.Untuk pengetahuan V4U...Aku masih aktif walaupun lena.....

Catatan popular daripada blog ini

How to earn instant commissions

Video animasi dan kelebihan kegunaanya..